|
Ditulis oleh Al Amin Bin Mohamed Sultan
|
|
Khamis, 25 Jun 2009 06:13 |

Assalamualaikum wbt.. Vanakkam… 你好吗 Ni hao ma…
Pertama-tamanya bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan segala iradat, limpah dan kurnianya masih memberikan kepada kita ruang dan peluang untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan sebagai Khalifah Allah dan juga sebagai Hamba-Nya pada masa yang sama.
Saya selaku Presiden Baru bagi Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM) yang baru dipilih bagi sesi 09/11 berasa sangat memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya para alumni untuk sama-sama kita menyumbang kembali kepada universiti atau lebih tepat alma mater ini disamping mengenang kembali detik-detik manis kita semasa tempoh pengajian kita di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) ini mahupun yang lebih awal dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
Kita imbas kembali indahnya kita bersama rakan-rakan kita dari Rumah Kedai ke bangunan kampus industri dan kini bakal berlaku transisi ke Kampus induk.
Dengan kewujudan Portal Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) ini adalah merupakan tunjang penghubung kita semua ibarat kata madah pujanggan jauh di mata, dekat di hati. Sama-sama kita meriahkan portal AUTeM ini dan kita sampaikan ke pengetahuan rakan-rakan kita yang masih belum mengetahuinya. Insya-Allah sebaran maklumat dan informasi berkenaan aktiviti dan isu terkini berkenaan alumni akan sama-sama kita kemaskini. Sebarang cadangan dan kritikan membina adalah sangat dialu-alukan.
Suka juga saya mengingatkan agar kesemua graduan UTeM untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan AUTeM kerana kesemua graduan yang bergraduasi adalah merupakan alumni UTeM tetapi belum lagi ahli persatuan AUTeM. Sama-sama kita gerakkan persatuan kita ini agar tersohor dipersada negara.
Alumni untuk semua. Jaringan diperluaskan. Kebajikan diutamakan.
Sekian Al Amin Bin Mohamed Sultan Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM)
|
|
LAST_UPDATED2 |