1. Siapa ALUMNI UTeM? Jawapan : Alumni UTeM adalah mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian kursus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ataupun Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) dan telah bergraduasi.
2. Apa itu ALMA MATER? Jawapan : Alma Mater ialah gelaran bagi institusi dimana ALUMNI berkenaan menamatkan pengajian. Alma Mater bagi Alumni UTeM adalah UTeM/KUTKM.
3. Apa itu PERSATUAN ALUMNI UTeM (AUTeM) ? Jawapan : Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) ialah satu persatuan yang disertai oleh alumni. Persatuan ini berfungsi untuk mengekalkan hubungan sesama ahli persatuan tanpa mengira tahun graduasi. Menjaga kebajikan serta platform untuk alumni berbakti kepada Alma Mater disamping meneruskan keaktifan sesame alumni dalam berprogram.
4. Adakah semua ALUMNI merupakan AHLI PERSATUAN ALUMNI UTeM (AUTeM)? Jawapan : Tidak. Persatuan Alumni sama seperti persatuan lain. Keahlian Persatuan Alumni bukan secara automatik selepas menjadi Alumni. Sama seperti mana-mana persatuan, pendaftaran sebagai ahli merupakan syarat utama untuk menjadi ahli yang boleh dilakukan dengan mengisi boring pendaftaran ahli persatuan AUTeM.
5. Adakah ianya WAJIB untuk setiap ALUMNI mendaftar sebagai AHLI PERSATUAN ALUMNI? Jawapan : Tidak. Bergantung kepada kerelaan alumni itu sendiri. Tetapi amat-amat dialukan penyertaan anda sebagai ahli kerana tidak ada kerugian kepada anda jika mendaftar sebagai ahli malah memberikan peluang untuk terus mengikat tali silaturrahim dan meluaskan ‘networking’ sesama alumni.
6. Apa yang akan saya dapat jika saya mendaftar? Jawapan : Sebagai ahli AUTeM, anda layak untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan AUTeM. Dan yang paling penting rangkaian anda dan alumni-alumni serta maklumat berkenaan Alma Mater anda tidak terhenti begitu sahaja. Malah menjadi platform untuk mengekalkan hubungan serta menyumbang balik kepada alma mater.
|
|