| Majlis Makan Malam AUTeM |
|
|
|
| Ditulis oleh Mohd Rahshidi Zakaria |
| Jumaat, 26 Februari 2010 15:33 |
|
Salam Autemian, utk makluman semua rombakan pengurusan secara menyeluruh telah dilakukan di UTeM oleh pentadbirnya. Buat pengetahuan semua dekan HEPA juga terlibat sama. Natijahnya segala perancangan Alumni perlu diselaras kembali dengan pengurusan baru. Pihak jawatankuasa terpaksa menghantar kertas kerja terbaru yang telah dikemaskini mengikut peredaran suasana politik kerja di UTeM. Harap Maklum. p/s bagi menjawab soalan tentang Majlis Makan Malam AUTeM dan rujuk pengumuman di bawah dipetik dari laman rasmi UTeM. UTEM ANNOUNCED NEW MANAGEMENT LINEUP
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah membuat beberapa pertukaran Dekan dan Ketua Jabatan bagi memantapkan lagi pentadbiran jabatan dan fakulti dan juga bagi menggantikan yang telah tamat tempoh pelantikan. Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan, antara yang bertukar ialah Prof. Dr. Marizan bin Sulaiman telah dilantik sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang baru bagi menggantikan Prof. Dr. Zolkepli bin Buang yang telah tamat tempoh sebagai Dekan. Pelantikan ini berkuatkuasa selama tiga tahun mulai 17 Februari 2010 hingga 16 Februari 2013. Sebelum ini Prof. Dr. Marizan b. Sulaiman adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). Dekan FKE sekarang disandang pula oleh Prof. Madya Dr. Zulkifilie bin Ibrahim yang sebelum ini merupakan Timbalan Dekan (Akademik) Pelantikan ini adalah selama dua tahun mulai 17 Februari 2010 hingga 16 Februari 2012. |