Portal Rasmi AUTeM

Daftar Masuk

AUTeM@Facebook

AUTeM

AUTeM Fan Facebook

Tetamu Online

Kami ada 2 tetamu online


Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates
Home
Program Semarak Ramadhan AUTeM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster   
Rabu, 25 Ogos 2010 03:47
AddThis Social Bookmark Button

 

semarak ramdhan

Salam Autemian,

Program Semarak Ramadhan AUTeM

Semua dijemput hadir pada ketetapan berikut :

Selepas solat Zohor (1:30 pm)

 


Kuliah 1 (26/08/2010) Khamis - 16 Ramadhan 1431

Dr Nasuha Sabihin

Dekan Fakulti Optometri, International University College of Technology (TWINTECH).

Tajuk : Kesihatan dari kaca mata Al-Quran dan Hadith


 

Kuliah 2 (01/09/2010) Rabu - 22 Ramadhan 1431

Shaikh Ahmad Darwish Al-Misri

Pengasas laman web Muhammad.com

Tajuk : "The Sahaba Education-Way"


 

Kuliah 3 (02/09/2010) Khamis - 23 Ramadhan 1431

Al Fadil Ustaz Fuad Ebnu Ali

Pengetua Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Melaka (PMKT)

Tajuk : Ramadhan bulan Tarbiah

LAST_UPDATED2
 
Salam Takziah dari UTeM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
Ahad, 15 Ogos 2010 04:01
AddThis Social Bookmark Button

Ibunda Md. Salim Md. Yunos (Biro Keusahawanan & Kerjaya) telah kembali ke rahmatullah pagi 14/08/2010 .

Salam Takziah untuk Saudara Salim sekeluarga.

Semoga tabah menghadapi dugaan Allah.

Bersama kita sedekahkan AL-FATIHAH.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman AMIN

 

LAST_UPDATED2
 
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KAWALAN SOSIAL TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Al Amin Bin Mohamed Sultan   
Khamis, 15 Julai 2010 02:21
AddThis Social Bookmark Button

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM) ingin menarik perhatian pihak Y.Bhg Prof. berhubung dengan isu sosial serta pergaulan bebas yang semakin meruncing di negara kita dengan saban hari ada sahaja kes zina, khalwat, hamil luar nikah serta pembuangan bayi yang dilaporkan didada-dada akhbar dan media arus perdana. AUTeM berpandangan UTeM juga tidak terkecuali kerana usia muda mahasiswa/i yang mendorong mencuba apa-apa sahaja walaupun perkara haram disisi agama. Ditambah pula dengan keberadaan dalam persekitaran masyarakat awam yang pelbagai ragam serta pelbagai faktor lain yang kurang membantu mahasiswa/i untuk berada dalam persekitaran Islamik. AUTeM melihat isu ini sebagai satu isu yang sangat perlu untuk diberikan perhatian serius oleh pengurusan universiti terutamanya kerana ia boleh memberikan impak negatif kepada para pelajar, alumni dan juga universiti jika dibiarkan berlaku dan berterusan selain tidak selari dengan tuntutan agama Islam.

 

AUTeM mengambil inisiatif kendiri dengan melakukan beberapa tinjauan dan perbincangan sesama ahli jawatankuasa juga dengan beberapa orang mahasiswa, alumni dan staf untuk mendapatkan respon. Ini adalah untuk lebih memahami situasi yang sebenar dan langkah seterusnya selepas tinjauan dan perbincangan itu, AUTeM tampil untuk memberikan cadangan-cadangan dapatan penambahbaikan sebagai rasa tanggungjawab dan rasa kepunyaan kepada alma mater tercinta ini.

Baca Lagi...
 
Ceramah Kesedaran Palestin PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Al Amin Bin Mohamed Sultan   
Rabu, 23 Jun 2010 05:09
AddThis Social Bookmark Button

SEBAHAGIAN pelajar daripada pelbagai IPTA dan swasta menghadiri ceramah Kesedaran Palestin anjuran Persatuan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Masjid Al-Alami, MITC, Ayer Keroh, baru-baru ini.

MELAKA 22 Jun - Kira-kira 500 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menghadiri ceramah Kesedaran Palestin anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM) di sini baru-baru ini.

Selain disertai golongan pelajar dan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Multimedia Bukit Beruang dan Universiti Teknologi Mara, ceramah tersebut turut dihadiri pelbagai peringkat masyarakat termasuk pekerja dari kilang-kilang berhampiran.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang berkongsi pengalaman dengan penceramah jemputan, Hasanuddin Mohd. Yunusiaitu antara 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim zionis Israel semasa dalam perjalanan ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dengan menaiki kapal Mavi Marmara.

Pada program yang berlangsung selama tiga jam di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, Hasanuddin berkongsi pengalaman tentang kejadian sebenar yang berlaku ke atas sukarelawan misi bantuan dan kempen menyelamatkan rakyat Palestin.

Menurut Presiden AUTeM, Al-Amin Mohamad Sultan, pihaknya tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang datang secara berkumpulan bagi menghadiri program ceramah tersebut.

"AUTeM pernah menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran kemanusiaan yang mirip dengan ceramah Kesedaran Palestin namun penganjuran program kali ini lebih menarik perhatian umum.

"Ini kerana, kali ini ceramah disampaikan sendiri oleh seorang sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam kejadian serangan tentera zionis," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program ceramah tersebut demi menggalakkan masyarakat dari pelbagai agama dan keturunan untuk sama-sama menghayati isu kemanusiaan yang dihadapi penduduk Palestin pada masa ini.

Ini kerana, katanya, masalah yang membelenggu penduduk Palestin sejak sekian lama itu bukan semata-mata berkaitan dengan masyarakat Islam tetapi lebih merupakan isu kemanusiaan.

"Kita mahu perjuangan membela nasib penduduk Palestin tidak khusus kepada masyarakat Islam sahaja tetapi kita mahu permasalahan ini turut mendapat keprihatinan umum tanpa mengira agama atau keturunan," katanya.

Kata Al-Amin, pihaknya akan menggerakkan program bantuan sukarelawan di kalangan ahli dan pelajar UTeM bagi menyokong usaha pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan nasib penduduk Palestin.

"Kita akan menggerakkan kempen mengutip derma untuk penduduk Palestin dan membantu kempen Aqsa Syarif yang juga salah sebuah NGO yang aktif membantu penduduk Palestin.

"Di bawah program Aqsa Syarif, kita akan membantu mengumpul dana untuk anak-anak yatim dan penduduk miskin Palestin dari semasa ke semasa," katanya.

 

Source : Utusan

LAST_UPDATED2
 
Program Kesedaran Palestin: Palestin di Hatiku pada PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
Selasa, 15 Jun 2010 09:10
AddThis Social Bookmark Button

 

 

Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) dengan Kerjasama Aqsa Syarif Malaysia akan mengadakan Program Kesedaran Palestin: Palestin di Hatiku pada 17hb Jun 2010. AUTeM berjaya mendatangkan Ustaz Mohd Hasanuddin bin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif  yang menjadi tahanan Rejim Zionis dalam misi Life Line 4 Gaza (LL4G) yang turut berada di atas Kapal Mavi Marmara ketika serangan yang mengakibatkan kematian aktivis antarabangsa.
Aturcara adalah mengikut ketentuan seperti berikut:
Tarikh: 17hb Jun 2010 (Khamis)
Masa: 8.00-10.00pm (selepas solat maghrib)
Tempat: Masjid Al-'Alami, MITC, Ayer keroh, Melaka
Jemputan Utama:  Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia.
Dengan berbesar hatinya kami ingin menjemput pihak tuan ke Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini, mendengar sendiri perkongsian penceramah  ini tentang kekejaman tentera zionis yang turut mengakibatkan kematian aktivitis misi kemanusian Gaza di hadapan mata sendiri.
Mohon Disebarkan kepada semua yang ingin mengambil peduli.
Aqsasyarif ==> www.aqsasyarif.com

 

 

LAST_UPDATED2
 
« MulaSblm12345SeterusnyaTamat »

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Chat with Webmaster

Portal Rasmi AUTeM, Powered by Joomla! and designed by SiteGround web hosting