Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .......
Saya bersyukur kerana autem dapat mewujudkan laman web yang terkini dan berinformasi untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisyen dan berkesan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Menyedari hakikat bahawa peranan pejabat ini sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan maka dengan itu laman web ini diwujudkan. Untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan, kakitangan pejabat ini disarankan mengembelingkan fikiran dan tenaga ke arah menghayati dan merealisasikan lima tata bidang pengurusan iaitu :
- Komitmen Kepada Tugas
- Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti
- Ketelusan Dalam Tindakan
- Berfikiran Dan Bertindak Secara Pro Aktif
- Bekerja Secara Berpasukan
Perkhidmatan Awam di Malaysia telah memasuki Alaf Baru 2000. Dengan kepesatan teknologi maklumat (IT) semua anggota perkhidmatan awam disarankan agar melengkapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan pejabat ini akan berusaha meningkatkan kemahiran dan kesungguhan untuk mencapai matlamat tersebut selaras dengan hasrat dan usaha kerajaan negeri untuk menjadi negeri maju menjelang 2010.
Adalah diharapkan laman web ini dapat membantu dalam memberi dan menyampaikan maklumat semasa dan terkini kepada rakyat disamping dapat memperkenal dan mempromosikan daerah Jasin kepada dunia.
Sekian, terima kasih. |