| UNIT ALUMNI DAN KERJAYA |
| PIAGAM |
| |
|
» Menyediakan pangkalan data graduan UTeM yang kemas dan sistematik.
» Mengemaskini pengkalan data graduan UTeM secara berkala sekurang-kurangnya 2 x kali setahun.
» Memberi perkhidmatan urus setia yang cekap kepada Persatuan Alumni.
» Menjalankan Kajian Pengesanan Graduan selepas 6 bulan pelajar menamatkan pengajian.
» Menjalankan Kajian Kepuasan Majikan terhadap graduan sekali setahun.
» Menjalankan Kajian Susulan Graduan selepas 2 tahun bergraduan dan dijalankan sekali setahun.
» Membantu melaksanakan aktiviti/program yang berkaitan dengan Alumni dan Kerjaya melalui persatuan.
» Melaksanakan program / kursus persediaan memasuki alam pekerjaan seperti penulisan resume, menghadiri temuduga, etiket sosial dan sebagainya sekurang- kurangnya sekali setahun.
» Memberi khidmat kaunseling dan kerjaya secara berterusan |
| |
|
| OBJEKTIF |
| |
|
» Mewujudkan kerjasama yang berterusan bagi pembangunan sahsiah dan sokongan akademik di universiti.
» Mengadakan program bagi melahirkan graduan yang berkemampuan diserap oleh pasaran.
» Menyediakan program dan aktiviti yang berkesan bagi meningkatkan peluang kerjaya dan pembentukan keusahawanan.
» Merangka program bagi tujuan penjanaan kewangan.
» Mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan alumni-industri dan stakeholders.
» Mewujudkan kesepakatan dan hubungan erat di kalangan Alumni UTeM dan Universiti. |
| |
|
| FUNGSI |
| |
|
» Memberi perkhidmatan urus setia yang cekap kepada Persatuan Alumni.
» Menjadi penasihat dan menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Alumni UTeM ke arah kecemerlangan Universiti.
» Menjalankan kajian pengesanan graduan untuk graduan UTeM selepas pelajar menamatkan pengajian.
» Menjalankan kajian kepuasan majikan terhadap graduan.
» Menjalankan kajian susulan graduan majikan selepas dua tahun bergraduan.
» Menjalinkan kerjasama antara Alumni dan Universiti dalam pembangunan Universiti.
» Melaksanakan program/kursus persediaan memasuki alam pekerjaan seperti penulisan resume, menghadiri temuduga, mock interview dan ceramah kerjaya.
|
| |
|
| SENARAI AKTIVITI DAN TUGAS |
| |
|
» Unit akan merangka program pembangunan sahsiah dan sokongan akademik seperti:
- Membantu meningkatkan kemahiran belajar di kalangan mahasiswa dengan menjemput sebagai pensyarah / penceramah dari kalangan alumni
- Mengadakan ceramah/forum/bengkel motivasidi kolej atau fakulti.
- Mengadakan program lawatan sambil belajar berkaitan program pengajian.
- Menjemput tokoh alumni pada Minggu Suai Kenal sebagai role model untuk menaikkan semangat belajar.
- Mengadakan perbincangan informal pelajar dengan alumni
- Melibatkan alumni dalam Bakti Siswi mengikut kesesuaian .
- Mewujudkan anugerah akademik alumni untuk pelajar.
|
» Unit akan merancang program atau aktiviti yang boleh membangunkan kemahiran generik (soft skills) .
- Menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.
- Mengadakan kursus hands-on di industri terutama milik alumni
- Mengadakan mock interview dalam kampus
- Mengadakan kursus penulisan resume , kursus kemahiran berkomunikasi, kursus penampilan diri, etika dan protokol.
|
» Unit akan membuat perancangan bagi meningkatkan peluang kerjaya dan pembentukan keusahawanan seperti berikut:
- Menjemput alumni sebagai penceramah dalam program kerjaya dan praktikum keusahawanan.
- Mengadakan bengkel/seminar/kursus yang berkaitan dengan kerjaya dan keusahawanan
- Mentor-mentee dalam aspek kerjaya dan keusahawanan
- Membuat lawatan ke premis usahawan alumni yang berjaya
|
» Unit akan merancang aktiviti bagi tujuan penjanaan kewangan seperti berikut:
- Mengenalpasti dan meningkatkan komitmen alumni yang berjaya dalam sektor perniagaan/korporat.
- Mengadakan program makan malam tahunan.
- Mengadakan program perniagaan dengan alumni (i.e koperasi alumni)
- Membuat jualan cenderahati.
|
» Unit akan mengwujudkan jaringan kerjasama di kalangan alumni-industri / stakeholders:
- Mewujudkan pusat perkhidmatan alumni-industri di universiti dengan kerjasama Unit Alumni
- Memberi peluang menggunakan kemudahan universiti
- Memberi anugerah dan penghargaan khas kepada alumni yang terlibat
- Membentuk laman web khas sebagai medium interaksi di antara alumni dan bakal alumni
- Mengirim kad-kad ucapan ketika musim perayaan.
|
» Unit akan memperluaskan jalinan alumni mengikut chapter (negara / negeri / fakluti / kolej / tahun bergraduat dsb) melalui:
- Mewujudkan laman web dalam pelbagai bahasa.
- Menubuhkan chapter berkaitan.
- Menerbitkan bulletin dan newsletter
- Mengadakan lawatan ke chapter
Membentuk branding bagi meningkatkan imej (eg. BERILMU BERBAKTI UPM)
|