Dimaklumkan bahawa Unit Alumni dan Kerjaya, HEPA sedang melaksanakan Kajian Susulan Graduan UTeM bagi graduan yang konvo pada tahun 2005,2006 dan 2007.
Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengemaskini pengkalan data setiap alumni UTeM serta mengetahui status terkini graduan UTeM sama ada telah bekerja atau tidak, di samping mengenal pasti relevan pekerjaan alumni dengan jurursan yang diambil semasa di UTeM.
Sehubungan dengan itu, alumni UTeM digalakkan agar sentiasa mengemaskini maklumat mereka di dalam website ini. Bagi yang masih lagi belum mendaftar di website, diharap dapat berbuat demikian dengan segera.
Perhatian dan kerjasama para alumni UTeM perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN DAN PERHATIAN.
Written By : (Administrator)
Latest Update :(Fri, 09 May 2008 11:31:04 +0800)
xxx
Majlis Ramah Mesra Alumni UTeM Bersama Pegawai Kanan UTeM 2008
Sukacita dimaklumkan Unit Alumni dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan kerjasama Persatuan Alumni (AUTeM) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Alumni UTeM Bersama Pegawai Kanan UTeM 2008 seperti berikut :-
Tempat : Orna Golf Resort, Jalan Gapam, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 14 Jun 2008
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Kepada para alumni yang berminat untuk menghadiri program ini bolehlah berhubung terus dengan En. Tinta Firmannika bin Selamat di talian 016-6067 667 atau En. Fadzly bin Nordin di talian 019-272 9571 (Unit Alumni dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM) atau En. Azrul bin Aziz di talian 012-6446 784.